Ini bukan entri menghentam, ini filem kawan kawan juga — cuma kami mempersoalkan selera penonton hari ini.

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Aku Bukan Tomboy memulakan tayangan seminggu yang lalu dan kami mengharapkan filem ini akan hits sekali lagi seperti filem sebelum’nya.


Pagi ini, laporan terbaru Finas menerusi laman web rasmi mereka menulis yang Aku Bukan Tomboy hanya berjaya mengutip RM1.28 juta untuk tempoh lima empat hari tayangan.


Berbaki seminggu lagi tempoh tayangan wajib di’pawagam, jika angka laporan Finas di’jadikan rujukan — Aku Bukan Tomboy hanya akan berjaya mengutip RM3.6 juta apabila tamat tayangan kelak.

Filem ini boleh kami kategorikan sebagai percubaan dan hasil eksperimen yang baik dari Syamsul Yusof — di’tambah dengan lakonan berkesan Scha al-Yahya, Shaheizy Sam & Syamsul Yusof sendiri.



Jadi, tinggal seminggu ini, tarik kawan kawan, ibu ayah, adik abang, makcik pakcik & jiran tetangga untuk menonton filem Aku Bukan Tomboy. Supaya akan ada lagi filem berunsur komedi hasil tangan Syamsul Yusof selepas ini.