“Cuma Lima Peratus Saja Saya Dedahkan” 

Pelakon Abby Abadi berkata tindakannya membuat luahan secara terbuka di media sosial adalah untuk menuntut hak yang sepatutnya diterima oleh anak-anak daripada bekas suami, Norman Hakim.

Memetik HibGlam, Abby berkata tindakan tersebut menampakkan hasil meskipun dia dikecam teruk oleh netizen.

BACA: “Saya Dah Habis Kata-Kata, Saya Tak Harap Mereka Datang” – Abby Abadi

“Sebenarnya adalah beberapa point (perkara) yang saya rasa kalau tak tular dia langsung tak berfungsi dan tak bergerak pun (isu nafkah tertunggak). Saya rasa apa yang saya buat ini memberi impak walaupun dia macam buat tak tahu, macam tuli dan tiada empati.

“Tidak mengapalah (dikecam). Awal-awal memang saya usahakan supaya anak-anak saya diberikan layanan sama adil. Itu permulaan dan saya nampak hasilnya,” katanya.

Menurut Abby lagi, tindakannya menggunakan media sosial juga turut membantu untuk selamatkan anaknya dan selesaikan konflik rumah tangga Marissa Dania.

“Macam isu Marissa, saya tak rasa pun saya burukkan dia. Keadaan itu memang sudah sedia buruk disebabkan situasi yang sedia berlaku. Tetapi waktu itu saya berusaha nak menyelamatkan anak saya dan akhirnya alhamdulillah semuanya selesai.

“Walaupun mungkin nampak macam saya yang teruk tapi saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Abby berkata dia enggan pedulikan kritikan negatif netizen dan apa yang didedahkannya itu hanya lima peratus sahaja.

“Banyak mesej saya terima meluahkan perasaan terutama berkaitan darah daging mereka. Tapi saya rasa di pihak saya sendiri, daripada 100 peratus, cuma lima peratus sahaja saya dedahkan.

“Cuma ada yang melebih-lebih dan tuduh pula saya dengki. Kalau nak dengki dari dulu lagi. Jadi, lunaskan dulu hak anak-anak. Itu sahaja ,” katanya.

Sumber: HibGlam

×