“Cukuplah, Dia Sudah Pun Berkeluarga”
Sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza 5, nama penyanyi Zamani kembali menjadi sebutan ramai. Malah, video temu bualnya berkongsikan kisah silam percintaan dengan seorang penyanyi popular turut disebarkan kembali.
Bagaimanapun, Zamani meminta agar semua pihak tidak lagi menularkan video tersebut serta tidak mahu kisah itu terus berpanjangan. Ujar Zamani lagi, perasaan individu terbabit perlu dijaga dan dihormati memandangkan beliau sudah pun berkeluarga.
BACA: Zamani Akur Ramai Pertikai, Tak Puas Hati Mara Ke Final GV5
“Cukuplah cerita seperti ini… Kita kena hormat dan jaga perasaan individu terbabit. Ini kerana dia sudah pun berkeluarga. Saya sudah lama melupakan perkara itu dan sudah menjalani kehidupan baharu.
“Mungkin orang yang tularkan video itu berniat membantu saya dari segi promosi memandangkan saya menyertai program realiti. Namun, saya tak perlukan publisiti begitu… Selepas ini, saya harap hentikanlah penularan video itu,” katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video program bual bicara yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tahun lalu memaparkan Zamani yang mengimbau kembali kisah cintanya yang tidak kesampaian.
- SUMBER
- BH Online
Kesian Zamani dgn Siti cerita lama timbul balik plak. Org yg upload ni pun… da la program Cik Ta tu da bertaun lamanya. Sabarlah ye. Dugaan tu
zamani ni based on percakapan dia, statement dia nampak polite & humble sangat.
Ape yg pelik nya?????…bodoooooo itu pun nak terkejut..kau xpernah jumpe org ckp mcm tu ke??..kesian nya..mesti dok dlm gua lepas tu layan youtube jer kije nya.loserrrrrr
Ko ni dasar piang…polite la bangang…tula dulu suh g skola blaja english memain…smp ke sudah bodoh piang pastu nk tunjuk terer…dasar goblock
polite bukan pelik , cilake .
Itu la pasal…..org komen dia pun nak komen…tapi bangang dan xsekolah….
omg what is wrong with you?
Bila dah kawin barulah akan tutup mulut orang pasal kisah silam tu selagi tak kawin sampai dah lanjut usia mulut orang akan sentiasa bercakap.
kenapa org2 jenis ni ada.. x p perasaan orang yg satu lagi ke.. kan org tu da berkeluarga… nak bt rumahtangga org berantakan ke?.. bodoh yg buat program jenis nanya kisah silam orang ni.. move on la bongoks.. zamani pun kalau boleh xmo sebut2 benda da lepas…