fbpx

Cukup Lengkap! Perumahan Di Greenwoods Seraya Buat Anda Tak Cari Lain

Best kan kalau berada dalam rumah yang moden dan mempunyai kawasan kejiranan yang luas dan dikelilingi dengan persekitaran hijau dan menyegarkan? Ajak pula adik-beradik anda tinggal di kawasan perumahan yang sama, fuh dah boleh agak meriah dia macam mana. Bestnya!

Greenwoods Seraya di Salak Perdana ini, anda boleh rasainya! Di sini adalah kawasan rumah yang sangat luas dan privasi. Ada penawaran 260 unit rumah bandar 22’x70′, Seraya Teres yang moden dan kontemporari dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Ia juga mempunyai gaya moden kontemporari yang dibahagikan kepada dua unit. Seni bina unit yang unik ini membolehkan dua keluarga berumah tangga di unit yang sama dan amat sesuai untuk kawan rapat dan juga keluarga anda.

Setiap unit terdapat kawasan legar yang boleh dikongsi bersama dan kawasan dapur, ruang tamu serta bilik tidur yang tersendiri.

Bagi unit tepi pula, terdapat juga kawasan taman yang lebih luas untuk kegunaan peribadi keluarga. Wow, best sangat yang ini gais. Betul-betul privasi!

Ia juga dilengkapi dengan kawasan taman permainan yang khas untuk penduduk sahaja. Sangat selesa! Sesuai untuk anda yang mengimpikan kehidupan komuniti yang moden.

Oh ya, kejiranan di sini juga berpagar dan berpengawal, dengan pintu masuk dan keluar tersendiri di dalam perbandaran Greenwoods.

Selain mempunyai kediaman dan kedai pejabat dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang tenang dan sejuk jer bila mata memandang, pembangunan di perbandaran ini juga ada kemudahan seperti taman rekreasi, taman bukit dengan pelbagai denai dan dek di persekitaran alam semula jadi.

Jadi, mudahlah untuk anda menikmati aktiviti luar dengan anak-anak nanti. Kanak-kanak bolehlah bermain dengan bebas dan pergi ke sekolah yang berdekatan dengan mudah.

Ditambah pula dengan pelbagai kedai makan dan runcit untuk keperluan harian anda di Greenwoods ini, kami pasti anda mesti jatuh cinta! Puas hati gais.

Dengan akses yang strategik melalui tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Hubungan Utara Selatan (ELITE) dan Lebuhraya Maju (MEX) serta aliran transit ERL Express, kami pasti anda sudah temui rumah idaman anda!

Bermula dari RM440,000, tekan link kalau anda nak tahu apa lagi yang ada di sini: http://surl.li/iprnx