fbpx

“Cukup-Cukuplah Dengan Remy Ishak”

Gandingan antara Remy Ishak dan Mira Filzah menerusi beberapa drama dilihat sangat serasi sehinggakan ada peminat terkadang terbawa-bawa dengan drama kesukaan mereka dan mahukan mereka bercinta.

Bagaimanapun, Mira Filzah berkata dia enggan lagi terlalu kerap bergandingan dengan hero kegemaran ramai itu. Jelasnya lagi, dia tetapi tidak mahu peminatnya berpecah gara-gara terpengaruh dengan keserasian mereka berdua.

BACA: Berseluar Ketat, Netizen Kecewa Perubahan Mendadak Mira Filzah

“Saya tidak pernah cakap tidak tidak mahu lagi bekerjasama dengan Remy, malah saya tidak nafikan, dia antara pelakon lelaki yang hebat.

“Tetapi, pengaruh kedua-dua drama itu sangat kuat menyebabkan peminat sukar menerima saya bergandingan dengan pelakon lain. Ia tentu membimbangkan, terutama apabila melihat peminat saya berpecah.

“Ada pasukan Ben Amir, ada pula pasukan Remy dan terbaru, Ungku Ismail pula terheret sama. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” katanya kepada BH Online.

Memakai baju warna sama dengan Remy pada malam Anugerah Telenovela 2019, Mira berkata ramai peminat menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa sedangkan ianya berlaku secara tidak sengaja.

“Segala gosip mengaitkan saya dengan pelakon lelaki gandingan berpunca daripada peminat. Sebahagian mereka begitu mendesak dan ingin melihat apa yang berlaku dalam drama menjadi realiti.

“Mereka menyangka saya dan Remy mempunyai hubungan istimewa sehinggakan apabila kami secara tidak sengaja menyarung persalinan rona sedondon pada Anugerah Telenovela 2019, baru-baru ini turut dijadikan isu,” katanya.