fbpx

“Cukup-Cukuplah Dengan Baby Sayang”

Nampaknya, Mira Filzah sendiri sudah mula tidak selesa dengan ungkapan “baby sayang” yang dipopularkan olehnya secara tidak sengaja itu yang kini tular di media sosial.

Mira memberitahu, ke mana sahaja dia pergi sehinggalah ke bazar Ramadan, ramai yang memanggilnya dengan nama panggilan itu. Bagaimanapun, Mira berkata sudah cukuplah dengan panggilan tersebut.

BACA: Remy Ishak Mahu Simpan ‘Magic Momen’ Dengan Mira Filzah

“Cukup-cukuplah dengan panggilan ‘baby sayang’ tu”. Bila dah terlalu kerap, saya rasa cukup-cukuplah dengan panggilan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kes lelaki menembak monyet melibatkan ungkapan tersebut, Mira menyifatkan tindakan itu sangat kejam dan tidak sangja sehingga ada haiwan yang menjadi mangsa.

“Saya tengok video itu sekali dan tak sanggup nak tengok lagi sebab terlalu sedih. Rasa serba salah pun ada. Perkataan itu sepatutnya digunakan secara positif untuk orang yang kita sayang. Tapi, individu itu menyalahgunakannya dan saya tak tahu apa masalah dia,” katanya.

Terdahulu, polis menahan seorang pengusaha kebun pisang dan anaknya selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menembak kepala seekor monyet yang terkurung dalam sangkar sehingga mati.