Umum mengetahui semalam telah diumumkan kesemua peserta HeroDewi Remaja 2023. Antara yang menjadi perhatian salah seorang peserta iaitu Fitri Farok merupakan cucu kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri.

Memetik mStar Online, jejaka berusia 24 tahun itu berkata dia seirus mahu menjadi pelakon seperti Normah dan mahu meneruskan legasi neneknya.

BACA: “Hati Anak Aku Suci Murni, Aku Didik Penuh Kasih Sayang” – Normah Damanhuri

“Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali saya tetapi pelakon Normah Damanhuri merupakan nenek saya.

“Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali saya tetapi pelakon Normah Damanhuri merupakan nenek saya,” katanya.

Sementara itu, Fitri berkata neneknya banyak memberi nasihat serta membantunya dalam membuat persediaan untuk bertanding dalam program berkenaan.

Difahmkan, HeroDewi Remaja musim kali ini tampil kelainan dimana seramai 16 orang peserta bakal berentap merebut gelaran juara.

×