“Hati Anak Aku Suci Murni, Aku Didik Penuh Kasih Sayang” – Normah Damanhuri
Walaupun usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sering dikecam susulan kontroversi panas terpalit dirinya, namun ramai mengagumi hubungan rapat usahawan itu bersama adik beradik dan sering membahagiakan ibunya.
Malah, baru-baru ini Kak KM menghadiahkan buat ibunya, pelakon Normah Damanhuri sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai.
BACA: Normah Damanhuri Menangis Kak KM Hadiahkan Kereta Bayar Cash
Namun, hati seorang ibu pasti akan terluka jika anakya sering menjadi mangsa kecaman. Baru-baru ini, Kak KM menerima komen melampau daripada netizen di media sosial.
Komen tersebut mendapat perhatian Normah Damanhuri yang tampil menegur individu itu yang mendakwa Kak KM menghadiahkan kereta buat ibunya seolah mahu menutup video tularnya menepuk punggung baru-baru- ini.
Kesal dengan komen tersebut, Normah menyifatkan individu itu seorang yang busuk hati kerana bersangka buruk pada anaknya itu.
“Untuk pengetahuan kau.. bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai…aku terus kena pergi settle pada hari yg sama. Kereta ni aku dh booked lama! Kau apa tahu?
“Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang…yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni, Aku nak bagi kau hadam. Takda kena mengena sama sekali dengan apa yg kau tuduh terhadap anak aku,” tulisnya.
Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui Kak KM sememangnya sering tampil seksi namun memuji kebaikan yang dilakukan pada ibunya.
Terdahulu, Kak KM dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan video aksi tepuk punggung melibatkan tiga usahawan.
Memohon maaf di atas tindakannya itu, Kak KM berkata dia akan lebih berhati-hati dalam perkongsian di media sosial selepas ini. Ujarnya, dia tidak tahu bahawa video yang dikongsikannya itu salah.
- SUMBER
- Cari Forum
Saya ni walaupun free hair makcik, dan sy mmg berbulu orng duk nasihat saya bila nk bertudung, tapi saya ni tidakla menidakkan apa yg mereka cakap. Sbb sy paham, macam mana pun sy cari dalam hadis, aurat tetap kena tutup. antara nak tak nak tutup aurat je skrng ni. Walaupun sy tahu yg menegur sy ni pun perangai macam musibat kdg2, tapi apa yg sy phm, nasihat ni semua dtg dr tuhan. Jadi makcik, terimala orng tegur tu. Sy tgk kakak tu takde la kutuk makcik pun. ok je ayat dia. Antara makcik nk terima atau x je. Kalau pedih, duk senyap je makcik. Mmg betul pun apa dia ckp.
Cili api. Bagus awk ni. Dlu sy pn free hair.. Sy tak pernah menidakkan pasal hukum aurat ni. Org tegur sy, sy cuma snyum. Bila sy bertdung, kwn2 ejek sy mcm ustazah. Kita ni bila org tegur berlapang dada la.. InsyaAllah satu hari nt, bila kita dh btl2 mnutup aurat dgn sempurna, kita akn jd yg lbh baik drpd org yg bg nasihat @ yg kecam dgn kasar tu.
Berbuat baik dgn mak mmng la trpuji. Yg org keji tu lain² kelakuan yg jauh menyimpang dr ajaran agama. Moga Allah limpahkan hidayah dn sempat kmbali kpd fitrah sblm menutup mata..aamiin.
Mak puji anak baik tu biasa sbb dri dtg perangai anak kalo bkn dari acuan mak bpk dan org keliling yg rapat dgn dia. Org ckp jgn nilai perangai luaran sbb hati dia baik. Dlm agama ajar kita dari hati yg baik bersih murni tu laa terzahir perangai, akhlak yg baik. Kalau perangai mcm haramjadah tp ngaku hati suci murni tu nama dia perasan syok sendiri jek!!!
Patutla budak ni jadi camtu, mok dia puji dia suci murni dgn apa juga perbuatannya. Budok ni hanya mengaku bersalah bila kena panggil ngan MCMC. Kalu tidok netizen tegurlah mcm mana sekalipun dia tetap menonggeng.. oops maksud sy melenting.
Siapa tak knl dgn pelakon normah damanhuri. Masa muda2 pn dia begitu ligat. Jd gitula..
Dah tua pun bodoh…Makcik tak tau ke apa itu Amar makruf nahi mungkar, kalau tak tahu pergi belajar agama sikit…patut la pun anak beranak sampai ke cucu perangai dan pakaian macam musibat, keturunan yang tak boleh ditegur rupanya.
Bila ank bt salah x nk pulak tegur..
udah2 ler guna mak ko..nk jual produk….nk netizen vongok puji ko….
Nak ckp psl amar makruf tapi panggil org bodoh musibat…hmm, dakwah ape mcm tu