fbpx

Cuba Jadi Penghantar Makanan, Waris Akui Bukan Tugas Mudah

Pekerjaan sebagai penghantar makanan sememangnya bukan tugas mudah apatah lagi mereka perlu melayan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan serta berdepan dengan cuaca panas dan hujan.

Baru-baru ini, menerusi Instagram penyanyi rap Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias memuat naik satu gambarnya sedang menjalankan tugas sebagai seorang penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

BACA: “Tak Reti Nak Respek, Saya Nak Berhenti Guna Nama Waris”

Perkongsian penyanyi lagu Rembau Most Wanted itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar niatnya untuk mencari rezeki yang halal dipermudahkan.

Menerusi satu lagi entri, Waris mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakannya serta turut berkongsikan pengalamannya untuk mencari seorang penghantar makanan.

Waris berkata pekerjaan sebagai seorang rider banyak cabaran dan baginya tugas tersebut sangat berat serta mengakui tidak mampu untuk menjalankan tugas berkenaan.

Tidak berniat untuk merendahkan pekerjaan ‘rider’, sebaliknya untuk mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dimiliki.