fbpx

Dengan tertayang’nya The Social Network di pawagam seluruh Malaysia & pasti’nya mengaut lebih jualan tiket berbanding ‘2 Alam’, kami yakin ramai antara anda kenal akan siapa Mark Zuckerberg.

Mark Zuckerberg yang merupakan salah seorang pengasas & pemegang saham terbesar Facebook hari ini mengumumkan niat murni beliau.

Dengan menyertai satu inisiatif yang di’mulakan oleh Bill Gates & Warren Buffet, “Giving Pledge”, Mark Zuckerberg bakal menyerahkan lebih separuh harta beliau sebelum atau selepas beliau mati.

Ini bukan kali pertama Mark Zuckerberg menyumbang ke arah kebaikan dalam jumlah yang besar. Sebelum ini, beliau pernah menyumbang USD100 juta kepada Newark Public Schools.

Dan, sejumlah besar dana kepada Diaspora — yang di’katakan bakal menjadi pesaing hebat untuk Facebook, lebih lebih lagi dalam dunia manusia memerlukan lebih privasi.

Anda jangan mulakan satu isu yang mengatakan ini propaganda Yahudi untuk tunjuk baik. Ya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi namun beliau adalah seorang atheist. Way to go, Mark!