Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian ramai seolah memberi peringatan kepada individu yang didakwa sering ke kelab hiburan.
Menerusi entri itu, Puteri Sarah memberi pesanan kepada individu yang berbuat demikian supaya melihat sekeliling bimbang ada yang mengambil gambar dan menularkan di media sosial.
BACA: “Puteri Sarah Tak Heran Pun Dengan Kekayaan Suami” – Pengurus
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa atau mungkin ianya sekadar peringatan kepada umum.
“Sekarang club dah buka balik. Klau pergi tu jaga-jaga. Tengok kanan, kiri jangan nanti ada orang tersnap gambar. Dah viral balik. Lepastu jaga-jaga dekat club ramai orang. Takut terkena Covid.#sekadarperingatan,” tulisnya.
Sebelum ini hangat apabila Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah.
Bagaimanapun, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu serta tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan pelakon itu.