Sejak sebulan lalu, kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian di media sosial.
Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah.
BACA: Individu Fitnah Puteri Sarah Akhirnya Mohon Maaf Secara Terbuka
Bagaimanapun, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu serta tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan pelakon itu.
Terbaru, perkongsian Insta Story Puteri Sarah menjadi perhatian apabila pengurusnya, Emi Mat Rozekhi tampil bersuara mengenai netizen yang bercakap tidak benar mengenai rumah tangga aktres itu.
Menerusi Insta Story miliknya, Emi mengingatkan netizen di luar sana supaya berhati-hati sebelum menulis komen.
Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan netizen mendakwa Puteri Sarah enggan bercerai kerana kekayaan suaminya sedangkan dia tahu selama ini aktres itu bekerja keras.
“Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.
“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri,” tulisnya.