Cium Dahi Wanita Ketika Live, Ariff Bahran Dah Nikah 3 Bulan Lalu
Dalam Anugerah Drama Sangat 2020 (ADS2021) sebentar tadi, tindakan penyanyi Ariff Bahran mencium dahi penari wanita ketika membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi mengejutkan ramai.
Namun segalanya terjawab apabila wanita yang dicium oleh penyanyi itu merupakan isteri Ariff Bahran yang sudah dinikahinya sejak tiga bulan lalu.
BACA: Jangkit Perangai Iqbal, Ariff Bahran Pula Campak Duit
Perkara itu diumumkan oleh pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce. Kata Nabila, Ariff tidak menguar-uarkan berita itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.
Setakat ini, Ariff belum lagi mendedahkan identiti sebenar isterinya. Difahamkan, sebelum ini Ariff mengakui sedang mengenali gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan beberapa tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Tahniah Seluruh Malaysia tahu siapa isteri kamu. Retis BBNU viral pasal kahwin. Pasal kerjaya? Kerja sampai level International masa muda. Ikut jejak Dato Siti Nurhaliza. Bangga rakyat Malaysia baca pencapaian.
Ini asyik keluar cerita kahwin. Apa lagu Ariff Bahran yang viral? Satu pon tak tahu. Semoga kerjaya lebih bagus selepas kahwin.
Siapa ni?
Org sibuk banjir ko x abis2 dgn benda2 xde makna ni…
Sblm cium bgtau le dulu tu bini kau..da kawin 3bln lepas..ni nk buat gempak konon tp sb kau artis x trkenal aku rasa xde sape pun trkejut hahaha..surprise x menjadi..buat org meluat lg ada le..
dia nyanyi lagu hapo?
Arif who? Tetiba bgtau kawen hahahahaha