fbpx

Cinta Tidak Berbalas: DJ Radio Nyaris Jadi Mangsa Culik & Bunuh

Agak menakutkan kalau seseorang itu berani bertindak di’luar dugaan hanya semata kerana cinta tidak berbalas. Orang orang tua berkata, ikan bukan seekor.

DJ Best 104, Julie Diana Omar Shariff nyaris menjadi mangsa culik & bunuh apabila seseorang telah mengupah sekumpulan lelaki untuk berbuat demikian terhadap beliau.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.00 pagi pada Sabtu lalu, sekumpulan lelaki telah menahan kereta beliau ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya,” cerita beliau.

Apabila di’ajukan soalan kepada lelaki tersebut kenapa di’perlakukan sebegitu, penjenayah itu mengaku yang seseorang telah mengupah mereka untuk membunuh beliau & membakarnya semua kerana cinta yang tidak berbalas — dan Julie Diana keliru siapa gerangan lelaki tersebut.

Nasib menyebelahi DJ radio ini apabila penjenayah terbabit tidak sampai hati untuk membunuh malah memberikan RM51 sebagai duit minyak untuk pulang ke rumah — tetapi masih berjaya merompak barangan berharga & kad ATM yang kerugian bernilai RM20,000. – Sinar Harian

Harian Metro pula melaporkan yang dua orang suspek berhubung kejadian jenayah culik ini telah berjaya diberkas pihak polis pada petang Ahad lalu.