fbpx

Cinta Si Indie: Yuna Sedang Hangat Bercinta Dengan Qi Blogger Boy?

Penulis di KOSMO! hari ini berjaya mengorek sedikit rahsia pemuzik berbakat Malaysia, Yuna tentang kisah cinta’nya yang sedang berkembang.

Yuna & Qi di’katakan nampak serasi ketika sama-sama hadir ke majlis Shout! Awards 2010 baru-baru ini.

Ini menimbulkan keterujaan wartawan untuk bertanya lebih lanjut mengenai hubungan mereka. Ini jawapan Yuna;

“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.”

“Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal,” kata Yuna kepada wartawan hari ini.

Tidak seronok jika bertanya kepada satu pihak sahaja, wartawan juga berusaha korek dari Qi si Blogger Boy. Ini jawapan beliau;

“Sekarang masih terlalu awal untuk saya katakan yang hubungan kami sudah sampai ke tahap bercinta.”

“Namun, saya juga tidak menafikan bahawa hubungan kami buat masa ini memang rapat. Malah, terdapat keserasian dalam perhubungan kami,” akui jujur Qi.

Anda boleh baca cerita penuh di KOSMO! online hari ini atau lebih baik. ke’kedai sekarang dan beli senaskah KOSMO!