fbpx

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana & Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Berkongsikan gambar bersama bekas kekasihnya, pelakon Syafiq Kyle ketika bersama-sama menghadiri sebuah program televisyen, foto yang dimuat naik oleh Mimi Lana itu menjadi perhatian netizen.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah cinta mereka sudah bertaut kembali selepas mengesahkan hubungan mereka berakhir pada Jun lalu.

BACA: Mimi Lana Reda Jika Tiada Lelaki Ganti Syafiq Kyle

https://www.instagram.com/p/CDxvek1h1kG/?utm_source=ig_embed

Meskipun soalan netizen mengenai perkara itu tidak dijawab oleh Mimi, namun rata-rata mereka memuji sikap profesional dua pelakon itu dalam urusan kerja mereka. Malah, ramai yang berharap kedua-dua pelakon itu kembali bersama.

Pada Jun lalu, Mimi mengesahkan hubungannya dengan Syafiq sudah pun putus selepas 5 tahun menyulam cinta. Bagaimanapun, Mimi enggan mendedahkan punca perpisahan antara mereka.