fbpx

Nampaknya, nama Rita Rudaini sekali lagi menjadi bualan ramai apabila meluahkan rasa tidak puas hati berikutan cikgu yang menolak vaksin ditempatkan di stor zink di sebuah sekolah menengah di Perak.

Rita turut menyindir kakitangan sekolah yang masih takut dengan golongan yang tidak vaksin meskipun mereka sudah lengkap dua dos vaksin.

BACA: Rita Rudaini Dakwa Diri Insan Terpilih Sebab Tuhan Buka Mata

“Aiik? Dah kena 2 dose pon goyang dengan cikgu tak vaksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain? Nanti mati pegang bendera,” tulisnya.

Rita turut memuat naik video dikongsikan oleh seorang guru yang mendedahkan tindakan zalim petadibir sekolah berkenaan apabila diasingkan di satu bilik stor yang asalkan merupakan bilik stor Pendidikan Jasmani.

 

“Assalamualaikum, saya Cikgu Hafizan SMK St Michael, Ipoh Perak. Jadi sepertimana yang kita tahu, saya diasingkan, jadi saya diberikan satu bilik untuk saya tinggal, duduk berasingan.

“Saya dah cuba masuk ke dalam bilik itu. Cuma ada meja dan tidak ada apa-apa kerusi. Ada kipas, tapi tiada plug untuk saya gunakan sewaktu menggunakan laptop dan sebagainya. Bilik itu diperbuat daripada zink. Saya masuk sekejap sahaja. Sangat panas,” kata guru tersebut.

Terdahulu, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vaksin. Sebelum ini, Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.