Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan keputusan untuk menarik balik saman RM1 juta terhadap Emira Delyati Dewi.
Menerusi satu komen balas di Thread, Cik Epal menjawab pertanyaan netizen mengapa dia menarik balik saman kerana individu tersebut sudah pun memohon maaf.
BACA: Cik Epal Nak Bawa Watak Ganyang Penyondol

“Sebab si hamak dah minta maaf. Dari dulu saya nak dia minta maaf saja,” katanya.
Semalam, bekas suaminya iaitu Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya. Jofliam turut berkata pihak terlibat telah menarik balik permohonan dan kes komital terhadapnya juga telah digugurkan.