Baru-baru ini pempengaruh Cik Epal menjadi perhatian ramai apabila dilihat memilih baju melayu untuk pembawa dulang hantaran pihak lelaki.

Menerusi satu video tular, ketika sedang memilih baju Melayu, Cik Epal disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel yang mengusik mengenai dakwaan pempengaruh itu bakal menamatkan zaman janda.

BACA: “Janji Helok, Tinggi” – Cik Epal Tak Kisah Jodoh Dengan Lelaki Muda

@jhogett

Ingatkan Fattah Amin je buat suprise, Cik Epal pun ada suprise! Cik Epal dah nak kahwin!!!! #cikepal #isupanas #malaysia #viral

? original sound – jhoget – jhoget

“Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang ‘boy’? Tujuh?” soal Muzaffar.

Turut menjadi perhatian apabila p ertanyaan tersebut disambut dan diakui oleh Cik Epal.

“Hanya nak buat untuk dulang ‘boy’. Tujuh lawan sembilan. Memang murah sangat kalau nak beli untuk dulang ‘boy’,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai spekulasi hubungan antara Cik Epal dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ammar.

×