fbpx

Selepas Bergelar Pelakon & Penyanyi, Cik B Nak Jadi Pelawak Pula

Nampaknya selepas menceburi bidang lakonan dan nyanyian, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mahu mencuba nasib sebagai pelawak dengan menyertai Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2).

Mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya, Cik B berkata dia mahu mencabar dirinya menyertai program itu dengan melakukan skesta komedi sambil menyanyi. Malah, ibunya turut memberi sokongan penuh untuk dia bersaing.

BACA: Lagu Cik B Trending Nombor Satu Di YouTube

“Saya gembira kerana bukan senang untuk masuk ke Muzikal Lawak Superstar ini. Lagipun ibu beri galakan dan sokong apa juga keputusan saya.

“Saya sahut cabaran dalam bidang ini dan nak tonjolkan kelainan dengan serlahkan sisi komedi selain menyanyi dalam program ini,” katanya.

Bakal bergandingan dengan pasangan pelawak Chiwan dan Achok Chilok, kumpulan mereka diberi nama baharu iaitu ABC.

Program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) bakal bersiaran pada Jumaat jam 9 malam di Astro Warna HD dan Astro Warna bermula 18 Disember depan.