fbpx

Cik B Seronok Jadi Pelakon, Dah Hilang Rasa Malu

Nampaknya anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Meskipun pada awalnya, dipaksa oleh ibunya untuk mencuba nasib, namun kini dia seronok bergelar pelakon.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, pada awalnya dia agak bimbang kerana tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan namun segalanya dipermudahkan malah tiada lagi rasa malu.

BACA: Cik B Mengaku Pandu Kereta Bawah Umur, DSV Sudah Jumpa Pihak Polis

“Mula-mula saya agak takut sebab tak ada pengalaman berlakon, lepas tu mama push (paksa) saya untuk ambil watak ini.

“Saya tiada pilihan..tak boleh kata tidak! Jawapannya hanya yes sahaja. Alhamdullilah sekarang saya suka sebab kru semua sangat baik,” katanya.

Difahamkan, drama sulung lakonan Cik B berjudul Lelaki Lingkungan Cinta bakal bersiaran pada 21 Oktober 2020 di TV3.