fbpx

Cik B Mengaku Pandu Kereta Bawah Umur, DSV Sudah Jumpa Pihak Polis

Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan budak berusia 9 tahun memandu kereta untuk bersiar-siar, kemudian tular pula kes mengenai kanak-kanak memandu lori tangki.

Susulan kes itu, tular semula video di Facebook ‘Sayang-sayang DSV’ di mana memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai bawah umur memandu sebuah kereta mewah yang dirakam pada tahun 2018.

BACA: Netizen Terpukau Lihat Penampilan Terbaru Cik B

Dalam laporan minggu lalu, pihak polis sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan itu selepas satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut.

Bagaimanapun segalanya terjawab apabila anak kepada Datuk Seri Vida iaitu, Cik B mengaku dia adalah remaja yang dicari oleh pihak polis kerana memandu bawah umur.

“Ya dalam video itu ia adalah saya. Ia tahun 2018, tapi (memandu) hanya di kawasan rumah sahaja.

“Masa mula-mula viral tak ada apa-apa tapi sebab ada kes baru babitkan budak berusia 9 tahun bawa lori… saya kena juga,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B berkata ibunya sudah pun berjumpa dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah itu. Kata Cik B, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

“Mama sudah jumpa polis dan mungkin isu ini sudah diselesaikan. Kalau tengok komen-komen netizen bagi deorang bagi kata-kata positif, deorang kata itu video lama.

“Lain kali saya tak buat lagi, tapi Cik B dah lama tak memandu. Masa video tu dah nak sampai rumah, mama berhenti lepas tu Cik B pun tukar seat. Lagi 2 minit nak sampai rumah,” katanya.