Pempengaruh media sosial, Cik B menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini.
Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata dia juga mahu memiliki ‘six pack’ yang turut menjadi impiannya.
BACA: “Mama Boleh Je Transfer RM30,000” – Cik B Tak Kejar Hadiah Juara TTMM, Nak Banggakan Mama

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan kata-kata semangat kepadanya serta mencadangkan untuk mendapatkan jurulatih peribadi.
Tidak kurang juga ada yang meminta Cik B untuk tukar pemikiran dengan mengubah cara pemakanan ke arah lebih sihat terlebih dahulu sebelum memikirkan mahu kurus.

