fbpx

Bunyi seperti mereka berdua bakal adakan konsert bersama, tetapi tidak. Mereka bakal ke Malaysia pada dua tarikh dan masa yang berbeza.

Christina Perri yang popular dengan lagu A Thousand Years bakal hadir ke Malaysia pada 7 Jun 2012 & persembahan akan mengambil tempat di KL Live.

Tiket bermula dari RM98 bakal mula di’jual pada 16 April 2012 & diskaun sebanyak 20% untuk semua harga akan di’berikan dengan pembelian sebelum 30 April 2012. Layari Ticket Pro.

Dalam perkembangan berkaitan bintang muzik pop Korea, Jay Park mengesahkan kehadiran ke Malaysia pada 15 Mei 2012 dan juga mengambil tempat di KL Live. Maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket dan lain lain, sila rujuk Facebook DiGi Youths