fbpx

Sudah habis isu Harimau Muda tewas kepada Bahrain malam tadi? Ya, semua’nya salah kami. Maafkan kami Malaysia.

Christian Bale mengumumkan yang beliau tidak akan kembali berlakon membawa watak Batman selepas selesai penggambaran filem terbaru The Dark Knight Rises, beberapa hari lepas.

“Saya percaya semua proses penggambaran telah selesai semalam jadi semuanya sudah berakhir — dan saya bersama pengarah ini (Christopher Nolan) merupakan penghujung era Batman saya,” ujar Christian Bale.

Christian Bale telah membintangi tiga filem arahan Christopher Nolan memegang watak Batman — Batman Begins (2005), The Dark Knight (2008) dan filem yang akan datang The Dark Knight Rises.

Dua filem sebelum ini berjaya mencatat kutipan lebih US$1.3 billion dan mampukah filem terakhir lakonan Christian Bale sebagai Batman nanti akan mengulangi kejayaan sama? 20 Julai 2012.