fbpx

Chef Wan Sahkan Ana Dahlia Seorang Janda, Mengamuk Di Facebook

Apabila kami katakan mengamuk, anda fahamlah gaya Chef Wan — bermulut laju dan jujur yang amat.

Bukan mengamuk mengacu parang. Aneh sangat bunyinya.

Chef Wan menulis di Facebook beliau mengulas isu yang timbul berkaitan status Ana Dahlia yang di’katakan sudah berkahwin sebelum ini namun sudah tidak bersama.

Sehingga hari ini, empunya badan masih belum keluar media memberi apa apa kenyataan menafikan namun bakal bapa mertua yang straight to the point menjawab bagi pihak Ana Dahlia.

Chef Wan mengakui yang bakal menantu beliau itu merupakan seorang janda tanpa anak dan meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak memperbesarkan cerita.

Melalui tulisan beliau di’Facebook juga, Chef Wan kesal dengan tindakan media yang lebih ambil peduli status seseorang berbanding kisah diri beliau yang berusaha mempromosi Malaysia ke seluruh negara.

Anda boleh membaca kenyataan Chef Wan satu per satu kami copy & paste ke’sini untuk memudahkan pembacaan anda semua. Bila Ana Dahlia mahu bersuara? 

Di Malaysia ini press kalau dapat cerita2 begini kelang kabut nak talipon i mintak komen sana sini, silap hari kena carut atas bawah dari i nanti!

Pasal nak telanjang kan orang bagi lah sesetengah mereka tu tapi jika cerita i pi satu dunia promote malaysia ini sometime ada media kita minta buat write up pun haram tak datang until i so fed up tak kuasa dah bercerita.

Tapi hal ini esok jugak mereka silap hari tunggu depan pintu laman kita.

Kena pulak mulut i mcm longkang ni kan…jawabnya senang sahaja..” Ya lah JANDA! JANDA! la menantu aku tu whats yr problem? Kau ke yg nak tidur baring dengan dia yg sibuk lah pulak kan!

Teringat satu lagu tu…jika hati sudah suka tak kira tua atau muda and janda also ok la i nak tambah sikit liriknya!

via Chef Wan Fan Club Facebook Page