Satu lagi entry slowpoke ihsan dari blog kegemaran anda semua. Yeah!
Oh Chef Wan & mulut becok’nya. Satu Malaysia pasti sudah biasa dengan telatah Chef Wan yang memang jujur cakap’nya.
Melalui Daily Chilli baru baru ini, Chef Wan mengakui yang beliau agak kritikal terhadap cara Serena & suaminya menjada cucu tunggal beliau.
Dengan nada seorang Chef Wan yang biasa,”Aku lebih pandai jaga budak budak dari anak perempuan & menantu aku”. Kiasu much? Nah. Ini memang personaliti Chef Wan.
Chef Wan turut mengakui yang beliau masih membaca buku & belajar memasak makanan untuk bayi demi memenuhi keperluan khasiat yang terbaik untuk cucu beliau.
Sayangnya Chef Wan pada cucu beliau bukan setakat itu, chef selebriti ini mengakui yang beliau membelikan Tristan 15 barang mainan setiap hari. Bertuah badan anak kecil ini.