fbpx

Chef Wan Hampir ‘Sakit Jantung’ Fikirkan Isu Serina

Sejak beberapa hari lalu diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin.

Lebih mengejutkan, bekas isteri Aidid mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika mereka masih lagi suami isteri yang sah.

BACA: “Aidid Kahwin Dengan Serina Ketika Dia Masih Suami Saya” – Bekas Isteri

Pendedahan daripada bekas isteri Aidid itu sekaligus membuatkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ‘sakit jantung’ dengan isu anaknya itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata sudah dua malam beliau mengalami masalah jantung berdegup kencang kerana masalah-masalah tersebut. Katanya lagi, lebih membuatkannya ‘sesak’ apabila netizen menyerangnya tanpa mengetahui hal sebenar.

Chef Wan berkata dia terpaksa bertemu doktor dan mengakui hampir terkena serangan jantung dan sesak nafas kerana hal itu.

“Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law,” tulisnya.

Tambah Chef Wan, beliau juga terpaksa mengambil pil tidur bagi membantu menenangkan mindanya yang tertekan kerana permasalahan tersebut.

Semalam, bekas isteri Aidid dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee mendakwa mereka masih lagi suami isteri ketika Serina dan Aidid mendirikan rumah tangga.

Hamizah yang juga seorang pensyarah turut menyangkal dakwaan Serina sebelum ini mengatakan bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah. Hamizah berkata dia diceraikan Aidid pada 9 Mac lalu dan mendakwa pasangan itu berkahwin pada bulan Februari.