“Aidid Kahwin Dengan Serina Ketika Dia Masih Suami Saya” – Bekas Isteri
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin
Terbaru, bekas isteri Aidid dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee mendakwa mereka masih lagi suami isteri ketika Serina dan Aidid mendirikan rumah tangga.
BACA: Chef Wan Terkejut Serina Nikah Di Thailand
Hamizah yang juga seorang pensyarah turut menyangkal dakwaan Serina sebelum ini mengatakan bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.
“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” katanya.
Bagaimanapun, Hamizah berkata dia diceraikan Aidid pada 9 Mac lalu dan mendakwa pasangan itu berkahwin pada bulan Februari.
“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja, tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka bernikah pada minggu ketiga Februari.”
“Pada awal 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan,” katanya.
Dalam pada itu, Hamizah berkata dia cuba menghubungi bapa Serina bagi menjelaskan perkara sebenar namun panggilannya tidak berjawab.
“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.”
“Chef Wan langsung tak salah dala hal ini…saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” katanya.
Sebelum ini, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dan terkejut pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya. Ujarnya, lebih kecewa anaknya sudah lama berkahwin di Thailand.
- SUMBER
- mStar Online
Sekolah x tinggi,
Nak matang pun entah bila
Sian bapak
Ujian dan kifarah
Untuk renungan dan ambik pengajaran kita bersama
Salam Ramadhan
Moga hidup diberkati rezeki yg banyak mahupun sedikit
Apesal penyanyi , pelakon, penerbit gemar suami orang. Tak kira janda, anak dara, anak kampung, anak orang kaya.. asalkan suami orang je habiisss porak peranda rumahtangga yg sedia ada. Tak reti nak selamatkan tapi lari dari masalah dgn bercerai.. kalau bermadu pulak tipu sana sini
Msa aku tgk gmbr nikah serina dn mmat ni,ati aku rsa mcm ‘something’kt mmat ni.xpe la da nikah pn kn!cma serina,wht ever it is..yur fther still alive dn sihat lg.cmne tua dn matang nye awk,jgn mmbelakangkn yur fther.restu dn doa srg bpa tu d prlukan.
Ingatkan indon.
Mamat ni polis Malaysia ke polis indon ??
nape kebelakangan ni kalau selebriti imej muslimah je mesti buat perangai pelik2?
Rupa elok, lecturer yg dah tentu berotak, ditinggalkan demi selebriti x pandai , x matang… aku rasa klu bkn selebriti n bukan anak chef wan, idaknya serina ni menjadi pilihan
polis mana boleh kawin kat siam. kena buang keje lah jawab nya nanti.
Usaha ye buat2 citer..hebatnye kamu..suka sgt ngambik laki org..
Kepada ‘pelik artis xde otak’, bukan artis aje ya perangai gitu… org biasa pon sama dahsyat. Artis sbb kisah dorng akan dipublish sbb tu org tahu. kalau kerja mahkamah syariah, u will know la betapa dahsyat masyarakat sekang ni.
Serina … Mcm mana complicated pun cerita you …..
Cerita Calon Syurga/penuggang agama juga lah lebih kenerakaan …
Cerita you ni complikasi keluarga aje … Can happen to anyone …
Settle lah baik baik …
selalunya kalau artis mnikah laki org, mesti akan kekalkan rumahtangga walaupun dlm rmhtangga tu byk terpelanting periuk belanga. Nak tahankan punya pasal dri di cerca dgn dgn perkataan ” iutlahkau ambil laki org, dn tnpa restu ibubpa”. Selagi boleh tahan, tahanlah, selagi ada jodoh, adalah. Tpi jika dah lama mendirikan rmhtangga kalau tiada anak dlm 5 tahun hatipun dh bercabang2.., kalau dh masuk 10 tahun tnpa anak, dah mula lali, serahkan pada nasib je hari akan dtg…., simpan je duit yg ada utk hari tua nnti kasi maid indon jaga jika sakit.
Sesuatu sangat bila menikah kat Siam masa MCO. Hello Pulis saya nak mintak rentas NEGARA buleh ???
Hangin bethol Chep Wan…
APER KE HEH RINAAAA OI… DAH DESPERATE TERDESAK SANGAT KE SAMPAI LAKI ORANG MUKA WAK KANG KETOPRAK KAU NAK SAUP….
CHEF WAN PERHAMBAT KAU PUN PATUTLAH JUGAK…
JANGAN DAH BERCERAI NANTI KAU MERANGKAK NAIK CARI BAPAK KAU PULAK DENGAN CUCU2 BARU…
DAH BAPAK KAU NAK KENA TANGGUNG BANYAK MULUT LAGI..
BAPAK HANG TU DAH BERUMUR BUKAN MAKIN MUDA RINA OI..
APPOOOOO NYER ANAK.. TAK TAHU JAGA NAMA BAIK BAPAK..
berita yg sgt mengejutkn.. ingt serina innocent org nye..tp x lah laki org jgk kau amik patut la chef wan membebel bagai.. ade bgtau jgn gelojoh tggu dlu.. hmmm ntah2 ex husband si serina dia pn x bersalah..yg byk wat hal si serina ni..nasib la bapak kau kaya… pada hamizah bgus la bgtau hal sebenar.. mmg la mengaibkn..tp kesian kat hang..hmm
aku syak lelaki ni nk harta serina je..elok ade bini lecturer ape lg dia nak erkkk.. hrp chef wan bijak menangani masalh ini… jgn sponsor apepn, bg ank rse hidup susah..haha dh mcm drama pulokk…. huhuuu geram plak dennn
mungkin bekas suami Nur Hamizah Shaffee dan suami Serina skrg ini org yg bertanggungjawab..sbb tu masing2 tidak mahu melepaskan..kecuali “dilepaskan” dgn terpksa. Bkn mudah nk mendapat seorg suami yg betul2 brtanggujjawab dlm rmhtangga. Klau dpt yg beragama itupun dah satu bonus yg kita dpt. ..MUNGKIN..hnya mereka2 yg tahu..
Addoiiiii NAZAK!! mkin nerok meel retis² mlysia skrang nie!!
kalau boleh x nak berjauhan dgn laki.., lelaki mana boleh sunyi ooi…
sanggup ckp ayah dia mcm2 sb nk bersihkan nama sendiri pdhal diri sendiri yg tak betul. Seorg ayah tkkan nk burukkan nama anak sendiri sb seorg ayah dpt rasa naluri tu. Beria menegakkan benang yg basah siap ckp org fitnah bgai. Kalau lelaki tu baik dia tkkan biarkan perempuan belakangkan ayah sendiri dr situ kita dah blh tgk perangai lelaki tu. Si ayah nk yg terbaik buat anak supaya pisang tak berbuah 2x kali si anak birah sgt nk kawin smpai sanggup belakangkn siayah lps tu buat statement mcm tu. Better happy dgn anak2 dgn ayah dgn nenek dr sibuk nk kawin. Kalau kawin kena dgn cara xpe la jgk..kes penjagaan anak dia pn blm selesai rasenya tu. Tp wondering knp ex laki dia dpt hak jagaan anak msti dia ni yg something wrong…….
Sian chefwan…kena tipu dgn anak psl nikah kawin.
Kalau si ayah yg tipu pi kawin lain tu adalah.
Dulu rina cerai sbb katenya si suami kedekuttt yg amat..ada konflik. Dia minta cerai cepat, sanggup serah anak2 kat ex..sbg tawaran bg talak.
I pun janda..dh lama menjanda mmg dh tertunggu2 calon baharu yg sesuai tp apakan daya belum masanya..
I dh pernah mencari bersungguh2..mcm2 perangai ada..yg muda slalunya xkan berkenan bila tahu kita janda n lebih berumur unless taste dia mmg yg “kakak”..yg sebaya x pernah berkahwin mostly nk yg anak dara..same goes to duda, mostly nk yg anak dara muda cantik bergaya..i guess nk show off kat ex wife yg dia berjaya dpt lebih muda lebih cantik n masih dara..yg mengaku duda tp laki org pun ramai..tipu umur la tipu alamat la tipu status.. i pernah ditipu bercinta 10 bulan semua indah..tp bila kantoi, rupanya suami org..mcm biasa bila kantoi salahkan isteri bermslh..x dpt layanan n perhatian..tinggal asing tp x cerai2 konon demi anak..hbis citer atas katil luar dlm kain isteri dijaja..pdhal isteri xtahu apa2 ingat suami sibuk kerja/ outstation..x pernah i jumpa laki yg bercerai/ belum kahwin/ nk poligami yg salahkan diri sndiri..semua kurang pada isteri/bekas isteri..
Being a janda is really hard.. lg susah dr andartu..pandangan masyarakat sgt perit..Yg lelaki/ suami org pandang kita sbg bhn lawak lucah/ gatal..yg perempuan/ isteri pandang kita dgn perasaan kita ancaman/ prmpn gatal. Nak ke mana kena jaga diri lebih supaya xdak mulut berbunyi..
Being a janda cabaran byk..tambah2 yang ada anak..lelaki confirm xtau kita available utk didekati sbb slalu dgn anak unless kenal secara dekat/ online..kesunyian tiada tempat utk berkongsi masalah/ kegembiraan tambah2 berkaitan anak sdgkan isteri lain ada suami utk mengadu.. ada masa i pun rindukan belaian kasih syg n hubungan intim..part ni plg susah sbb x mampu nk share dgn fam atau kwn2 nanti dicop gatal..
Namun i kuatkan hati say NO to suami org..biarla menjanda smpai mati asalkan bukan suami org..bkn hina poligami, tp hati i x kuat berkongsi kasih n tiada trust..n most importantly, x sanggup ada wanita n anak2 kehilangan perhatian n kasih syg seorg bapa sbb i selfish..so honestly i cant understand those yang caras suami org smpai bercerai..
OMG!! terbongkar sudah perkara sebenar. Kuat kencing yer si serina ni. Kesian la bapak & ex wife jantan tu jadi mangsa.
kalo dia ni muda remaja, aku blh terima lagi mungkin sbb tak matang. Tapi ni dah janda anak dua masih buat perangai lagi mcm ni. lupa agaknya dia pun ada anak pmp. siap bagitau perkahwinan jantan tu tak bahagia. jadahnya!
kurang ke lelaki single sampai nak rampas laki orang? kau sendiri pernah rasa rumahtangga musnah, tergamak kau musnahkan rumahtangga wanita lain…….
Katanya dh ‘berhijrah’ ..apa awak buat pd Chef Wan sgt tidak patut..sayu bila Chef Wan kata..should I deserve this..ustad kata harga mati tau mengecewakan ibubapa…sebaliknya anak ini blaming others kontroversi yg mereka cetuskan…