fbpx

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat ini.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Perkara itu dikongsikan oleh Chef Wan menerusi Instagram miliknya. Menurut Chef Wan, pihak hospital telah melakukan ujian sebanyak dua kali dan untuk memastikan keputusan tersebut.

BACA: Enggan Tumpang Harta Chef Wan, Serina Selesa Hidup Berdikari Di Perlis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Saya baru saja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang, doktor memaklumkan berita mengenai keputusan diagnos saya.

“Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut..saya sememangnya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata doktor memaklumkan <span;>kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus.

“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Doktor berkata saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Saya sudah mula bayangkan untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya. ,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata dia menerima  ujian dan takdir tersebut dengan hati terbuka biarkan anak perempuannya, Serina tidak dapat menahan sebak mendapat perkhabaran berkenaan.

“Inilah kehidupan, kita perlu laluinya satu demi satu dengan cara positif. Anak perempuan saya dan menantu kecewa mendengar berita tersebut, saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” tulisnya.