fbpx

Chef Wan Bakal Gunakan Kuasa Veto Untuk Bawa 3G Kembali Ke Pentas MLM?

Dua penyingkiran malam tadi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) memang sesuatu yang mengejutkan — tetapi keluar’nya kumpulan 3G dari persaingan lebih mengejutkan.

Untuk lima minggu sebelum ini, kumpulan 3G berjaya mengekalkan kedudukan mereka di dua tangga teratas hanya di’atasi Boboi dengan beberapa peratus undi & markah juri.

Minggu 6 memang sesuatu yang mengejutkan apabila 3G tampil ke pentas dengan hanya 7% undian keseluruhan.

Dan, tampil sebagai bottom three di’akhir rancangan sehingga terkeluar persaingan memang sesuatu yang tidak kena dengan reputasi mereka sebelum ini.

Chef Wan menulis di laman Facebook rasmi beliau mengatakan yang beliau sudah berbincang bersama Siti Nurhaliza & Zainal Abidin Hassan untuk menggunakan kuasa veto — membawa 3G kembali ke pentas.

Menurut Chef Wan, 3G menunjukkan peningkatan yang baik semenjak minggu pertama dan hanya menurun dua minggu kebelakangan ini tetapi secara keseluruhan kumpulan ini masih layak berada dalam persaingan.

Kami sebagai rakan media online kumpulan 3G menaruh harapan supaya hasrat juri di’makbulkan pihak Astro dan bagaimana dengan anda? Jika mahu kumpulan 3G kembali, LIKE entri ini. Ade brann?!