fbpx

Chef Riz Palsukan Kelayakan Untuk Bergelar Juri MasterChef Malaysia?

Jujurnya sehingga ke’hari ini, kami belum sepmat menyaksikan barang satu episod pun program MasterChef edisi Malaysia yang bermula 22 Oktober yang lalu.

Salah seorang juri yang terlibat adalah Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih di’kenali sebagai Chef Riz dan kini beliau dalam masalah yang agak besar.

The Malaysian Insider hari ini membongkar fakta yang meragukan dalam profile Chef Riz yang di’paparkan di laman web rasmi MasterChef Malaysia — dua fakta kuat sebenarnya.

FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di’sebuah restoran paling popular di’dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau berumur 22 tahun.

KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.

Namun, Chef Riz yang di’hubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di’sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.

FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.

KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan berkata mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti di’dakwa dalam profile MasterChef Malaysia.

Namun, anehnya kini, profilem Chef Riz telah berubah dan hanya menyebut beliau pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut.