fbpx

Che Ta Tolak Tawaran Jadi Ibu Remy Ishak

Meskipun sebelum ini terbuka jika ditawarkan watak sebagai ibu, namun pelakon Rozita Che Wan terpaksa menolak satu tawaran watak sebagai ibu kepada pelakon Remy Ishak.

Menurut Che Ta, dia terpaksa menolak kerana mengambil kira soal realistik. Kata Che Ta gandingan tersebut disifatkan tidak logik apatah lagi Remy terlalu matang untuk membawa watak sebagai anaknya.

BACA: Isu Fitnah Diva AA, 4 Jam Che Ta Beri Keterangan Kepada Polis

“Saya okey saja watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik akal,” katanya.

Terdahulu, Cik Ta dan Remy sudah beberapa kali digandingkan di dalam beberapa buah projek dan kebanyakannya membawa peranan sebagai kekasih.