Isu Fitnah Diva AA, 4 Jam Che Ta Beri Keterangan Kepada Polis
Pelakon Rozita Che Wan tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas didakwa memfitnah Azwan Ali menerusi satu komen balas di Twitter minggu lalu.
Difahamkan, Che Ta memberi keterangan selama empat jam dimana dia tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jam 12 tengah hari dan beredar sekitar pukul 4 petang tadi.
BACA: “Dekat 2 Minggu Tunggu, Mana Surat Samannya?” – Che Ta
“Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali. Saya tak ada buat laporan hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terlibat. Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Che Ta berkata dia mengakui membalas hinaan yang dilemparkan oleh Azwan di Instagram kerana terlalu marah, namun bertindak memadam entri berkenaan sejam kemudian.
“Saya jawab status dia sebab dia menghina saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhina dengan perkataan yang dia gunakan melampau dan memalukan.
“Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. Lepas itu saya fikir balik tak nak bergaduh,” katanya.
Minggu lalu, Azwan membuat laporan polis terhadap Che Ta susulan fitnahnya apbila menuduhnya mengambil rasuah. Sebelum itu, Azwan terlebih dahulu berkongsikan foto Che Ta dengan kapsyen dianggap keterlaluan.
Malah, Azwan juga bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta terhadap selebriti wanita yang didakwa memfitnahnya.
- SUMBER
- mStar Online
Mendapat…
Yes Che Ta…. Dia maki org boleh bila balas koyak.
Giteww
Kokdiang pantang menyerah.
Lawan tetap lawan!!!! Lol
sokong che ta..kenapa sampai ckp bughit mak hang? dia tutup aurat kot bukan pakai dedah2 ko nk maki.
Dua2 ekor pun same. Buruk bahasa. Buruk kelaku. Geliiii
Adan muka dua2 ni…mulut same Jahat..skg mendapat!
Buku temu ruas!
Kalau lawan mesti kalah punya! Lenkali psl rasuah jgn main petik ikut sdp mulut
Yalah mase tu deba AA x sebut pun nama ceta or up foto cheta masa AA sindir maki tu kat socmed
Tapi cheta tetiba teghasa dimaki oleh AA , then tanpa fikir pjg dibls blk siap tempek foto AA..
Pondan tua AA! Diva la sgt!! Menghina org lain ble pulak!! Org bls balik meroyan!! Mmg setan perangai sbb emak sendiri pun ble dia derhaka!!
Pondan tua AA! Diva la sgt!! Menghina org lain ble pulak!! Org bls balik meroyan!! Mmg setan perangai sbb emak sendiri pun ble dia derhaka!!
Kodiang is real! Many loved..go Che Ta.. Go!!
Kodiang 1
Divavi 0
Aku tersangat hairan AA ni berubah sampai camni.Masa zaman dia jadi pengacara Melodi tu elok je…lelaki sejati…cakap pun sopan