Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata anak-anaknya diajar untuk sentiasa memakai kasut dan tidak memakai selipar ketika keluar rumah.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Difahamkan menerusi temu bual itu, anak Che Ta iaitu Ammar mendedahkan dia perlu memakai kasut jika mahu keluar rumah meskipun mahu ke kedai serbaneka 7Eleven.
BACA: “Bukan Perempuan Je, Lelaki Kalau Berduit Pun Berlagak” – Che Ta
Dalam pada itu, Che Ta berkata dia tidak menafikan perkara tersebut dimana anak-anaknya perlu memakai kasut meskipun jika mahu ke kedai serbaneka.
@mediahiburanofficial Aktres & usahawan, Rozita Che Wan Akui Sampai Sekarang Masih Urus Baju & Persiapan Anak-Anak, Enjoy Buat Sebab Sudah Jadi Minat. Kalau sudah namanya Che Ta Kan? Love Her! #MHnews #MediaHiburan #FYP
? A Musica Mais Fofa do Mundo – Bruno Portinho Trilhas para filmes
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je. Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya.
Bagaimanapun, Che Ta berkata anak-anaknya ada selipar yang boleh dipakai ketika berada di pantai atau kawasan yang sepatutnya.
Sementara itu, Che Ta memberitahu perkara itu tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana kerana tidak diajar olehnya 100 peratus dan diajar oleh suaminya Zain Saidin.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” katanya.