Che Ta Tak Kongsi Jumlah Baju Raya Tahun Ini, Suruh Intai Di IG Kira Sendiri
Setiap tahun pasti ramai peminat ternantikan berapa pasang baju raya yang disediakan oleh pelakon Rozita Che Wan. Namun, berbeza tahun ini Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memilih untuk tidak berkongsikan mengenai jumlah berapa pasang persalinan baju rayanya.
Bagaimanapun, memetik Media Hiburan, Che Ta berkata netizen boleh mengira sendiri berapa pasang baju rayanya tahun ini jika mahu mengetahui mengenai perkara itu.
BACA: “Che Ta Luar Biasa, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak” – Ayu Raudhah
“Kali ini saya tak nak cakap berapa pasang baju raya saya ada untuk sambutan tahun ini. Tak cakap salah, kalau cakap pun lagi salah.
“Tapi kalau nak kira juga, intailah perkongsian gambar di akaun Instagram saya musim raya nanti. Bukan Che Ta kalau entri IG tak penuh dengan gambar sesi fotografi.
“Ada juga baju raya yang belum sempat dipakai dibawa ke hadapan. Maklumlah, pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Tak boleh nak melaram sangat,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata sudah menjadi kebiasaan dia akan menyiapkan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.
“Buat awal sebab tak nak kalut. Jadi, bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Semua persiapan seperti baju, kain sampin, butang baju Melayu anak dan suami saya sediakan. Pemilihan warna sedondon itu juga harus.
“Selepas dua tahun kita sambut raya dengan norma baharu, tahun ini pun saya kekalkan juga. Cukuplah beraya dengan keluarga dan adik-beradik,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Beribu ribu gambar ko Che Ta, gaya tetap sama,,,muka tegang kejung mengiring ke sblh kiri…Kalau tak pun mata pandang atas, mulut terbuka…
Aku rasa gaya macam tu ko perasan yg ko lah paling cantik dalam dunia…hahaaa
Kalau ko mengiring ke sblh kanan muka ko jadi hodoh ke???
mmg wajib beli kain sekayu ke? so bosan la sedondon keterlaluan, tak nmpk kreativiti
Tertengok kuku che ta… ouchhh…
” Dia x masak kut…”
” Kuku tiruan kut… ”
#husnuzon
Kodiang memang nak tunjuk kaya
Yg aku tahu set bulu mata ada 3.
aku kalau nmpak org begambar macam mannequin ni mmg aku lari cabut dulu.serius takut.macm cite hantu.mmg sesuatu kuarga cheta ni misteri sgt2.kokdiang ni kalau bergaya stail normal takleh ke??