fbpx

“Che Ta Luar Biasa, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak” – Ayu Raudhah

Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.

Memetik Utusan Online, Ayu berkata dia tidak kisah jika ada peminat yang membandingnya imejnya dengan Che Ta yang lebih menyerlah daripadanya dan adik beradik lain.

BACA: Ayu Raudhah Pernah Terpeluk Kembar Suami, Keliru Wajah Sama

“Tak kisah pun sebab kita tahu dia macam mana. Che Ta memang seorang yang menjaga penampilannya, Masih saya ingat, dia pergi sekolah dulu pun pakai sarung kaki. Dia lepak kedai mamak pun tidak. Sampai tahap macam itu,” katanya.

Ayu turut meminta peminat diluar sana tidak membandingkannya dengan kakaknya itu kerana semua tahu Che Ta sememangnya mempunyai faktor wow. Malah, Ayu sangat bangga dengan kakaknya itu yang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

“Bagi saya tak usahlah dibanding-bandingkan kami ini. Secara peribadi, Che Ta layak untuk memiliki apa yang dia ada sekarang pada kedudulan sekarang.

“Saya sendiri pun bangga dengan dia. Tak terasa dibanding-bandingkan. Saya tahu dia berusaha kuat untuk raih kejayaan pada tahap ini. Dia luar biasa.

“Kalau dia pakai sesuatu yang biasa, itu luar biasa. Kalau dia pakai busana kepuk-kepuk itu sebab dia memang sesuai. Dia sarung dan bawa busana itu dengan jiwa. Setengah orang tak boleh bawa pun,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu berkata mereka sekeluarga sudah terbiasa berhias cantik jika kumpul bersama adik-beradik. Ujarnya, Che Ta sentiasa berpegang kepada prinsip ‘camera ready’ dan suka bergambar bersama-sama keluarga sebagai kenangan.

“Kalau keluar dengan dia memang nak kena pakai baju elok-elok, cantik-cantik. Kalau balik raya pun, semua kena bersolek dan nampak segak. Bukan nak tunjuk pada orang pun, sebab suka-suka sendiri,” katanya.