Che Ta Tak Kisah Jual Kisah Peribadi Untuk Wang

Bakal beraksi dalam sebuah program realiti, The House bersama keluarga, Rozita Che Wan mengakui sebab utama beliau menerima tawaran terbabit adalah kerana bayarannya. Biarpun kejujurannnya terhadap perkara itu, Che Ta tidak mengambil kisah jika ada terdapat pihak yang mengatakan beliau sanggup menjaja kisah peribadi demi wang ringgit.

BACA: Zain Saidin Terus Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi

“Tiada siapa dalam dunia ini sanggup buat kerja secara percuma. Selain sesuai dengan jadual kami anak-beranak dan skripnya yang baik, soal bayaran juga jadi keutamaan. Bagi saya, lebih baik daripada kita tunjuk kehidupan peribadi di laman sosial, tetapi tak dapat bayaran”

“Orang nak kata apa pun saya tak kisah. Selama ini pun, apa saja yang kita buat, orang tetap mengata juga. Apa yang akan disaksikan nanti hanyalah 40 peratus daripada kehidupan kami sekeluarga. Sebanyak 60 peratus lagi masih saya simpan. jelasnya kepada Berita Harian Online.

Program The House musim ketiga itu akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD pada setiap Rabu, jam 9.30 malam, mulai 25 Januari ini. Pasti ramai yang tidak sabar melihat kehidupan peribadi mewah Che Ta yang sebelum ini hanya dilihat di laman sosial. (rkty/w)

×