Pelakon jelita Rozita Che Wan berkata dia tidak kisah seandai menantunya pandai memasak atau tidak.
Memetik Harian Metro, Che Ta berkata dia belum sempat merasai air tangan menantunya kerana anak sulungnya, Ammar Effendy bersama isteri, Auni Ikhwan tidak tinggal serumah dengannya selepas berkahwin.
BACA: “Rezeki Ammar Dapat Auni, Budak Baik” – Che Ta Nasihat Anak Setia Pada Isteri
“Sebenarnya, saya tak kisah menantu saya, pandai masak atau tidak. Saya belum dapat rasa air tangan menantu sebab Ammar dan Auni tidak tinggal serumah dengan kami sejak berkahwin dan memilih untuk duduk di rumah sendiri. Kalau hujung minggu, baru Ammar akan buat ‘posting’, beritahu saya Auni masak apa di rumah,” katanya.
Sementara itu, Che Ta berkata dia turut menjaga tutut kata apabila bercakap dengan menantunya bimbang terguris hati. Malah, Che Ta berkata dia merancang untuk menjaga bulan madu anak menantunya.
“Saya juga bila nak cakap dengan menantu pun kena fikir supaya kata-kata kita itu tak guris hatinya kerana berbeza bila kita bercakap dengan anak kandung sendiri.
“Setakat ini, saya belum sempat luangkan banyak masa bersama Auni cuma kita sempat meraikan sambutan hari jadinya, baru-baru ini. Insya-Allah, saya juga bercadang untuk menaja pakej berbulan madu buat anak dan menantu ke Jepun pada November nanti,” katanya.
Sumber: Harian Metro