fbpx

Che Ta Mengamuk Kontraktor Rumah Lari, Rugi Hampir RM1 Juta

Sudah lama menanti ubah suai rumah banglo miliknya siap, Rozita Che Wan tidak dapat menahan sabar dengan kontraktor yang didakwa gagal menyiapkan projek pengubahsuaian kediamannya itu sejak dua tahun lalu.

Menerusi Instagram, Che Ta ada memuat naik video menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara yang tidak siap-siap lagi. Che Ta turut berang selepas banyak wang telah dibelanjakan tetapi kontraktor tersebut akhirnya telah lari.

BACA: 6 Tahun Berkahwin, Che Ta Masih Malu Dengan Suami

“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.

“Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,” katanya kepada BH Online.

Che Ta berkata dia sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk projek pengubahsuaian kediamannya itu dan mengambil kontraktor berkenaan atas saranan rakannya sendiri. Che Ta berkata dia sudah puas menghubungi kontraktor terbabut namun diberi dengan bermacam-macam alasan.

“Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi. Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,” katanya.

“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.

“Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya.

Niat Che Ta dah baik dah nak tolong bangsa sendiri, tetapi mereka pula jenis mengambil kesempatan. Apa pun diharap Che Ta tabah menghadapi ujian ini dan lebih berhati-hati selepas ini.