fbpx

6 Tahun Berkahwin, Che Ta Masih Malu Dengan Suami

Baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 6 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia rumah tangga bahagia Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin.

Che Ta berkata, meskipun perkahwinannya sudah memasuki tahun keenam namun dia masih mementingkan penjagaan tubuh badan. Che Ta turut mengingatkan kepada golongan wanita supaya tidak lupa menjaga penampilan selepas berkahwin.

BACA: Che Ta Tak Melatah Disamakan Dengan Big Bird

“Tapi betul walaupun dah enam tahun kahwin, perasaan malu dengan suami tetap kena ada. Tu yang dok pulun berbengkong, jaga badan. Kadang kita ni nama kata dah berlaki dah tak jaga penampilan,” tulisnya.

“Dah kena cerai baru la tergopoh-gopoh cari salon, telan ubat kurus, lumur losyen. Apa-apa pun yang penting, kena maintain uolsss,” tulisnya.

Baru-baru ini, Che Ta dan Zain bersanding sekali lagi di hadapan 100 tetamu di sebuah premis acara di Shah Alam bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.