Baru-baru ini nama pengulas dan juga pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain menjadi sebutan gara-gara luahan hatinya tentang lelaki yang berbadan besar dan peha melimpah yang tidak menghormati ruangnya ketika menghadiri sebuah majlis fesyen sebelum ini.

BACA: “Dibuli Sebab Gemuk, Kena Tendang Jatuh Longkang”


Melalui Harian Metro sebelum ini, dia turut menyatakan permohonan maaf di atas perkara tersebut selain tidak berniat untuk menghina golongan berbadan besar.


Namun apa yang pasti, luahannya di Facebook baru-baru ini sebenarnya adalah untuk kenalannya saja dan rupa-rupanya Zaihani mengetahui individu yang menyebarkan perkara tersebut dan mendedahkannya di ruangan komen Instagram.



Melalui dakwaan Zaihani, individu yang bertanggungjawab menyebarkan screenshot tentang luahan hatinya itu ialah pengurus Che Ta, Afiq Wahab dan dia turut menyarankan supaya pereka tempatan tidak menaja baju kepada Che Ta gara-gara perkara tersebut – sama ada Zaihani bergurau atau serius, tidaklah diketahui.

Maka, melentinglah Che Ta bila mengetahui perkara tersebut. Tidak berlapik dan berterus terang, pelakon wanita berkenaan terus meluahkan apa yang dirasakan di Instagram.

Episod seterusnya drama ini tidaklah kami ketahui namun industri fesyen di Malaysia ini sudahlah sekangkang kera, nanti jika dapat undangan, muka yang sama juga jumpa. Moga satu hari nanti perkara ini dapatlah diselesaikan. (rtky/s)