fbpx

Ayu Raudhah Pernah Terpeluk Kembar Suami, Keliru Wajah Sama

Sebut sahaja pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha sememangnya kembar itu sering menjadi perhatian ramai, termasuk kehidupan peribadi mereka.

Baru-baru ini, pengulas sukan, Hafizal Hamad ada membuat IG Live bersama mereka. Zaquan ada berkongsikan insiden lucu antara isterinya, Ayu Raudhah dan kembarnya, Aidil Zafuan.

BACA: Muhammad Aisy Al Jibreel Nama Anak Kelima Ayu Raudhah

Zaquan mendedahkan isterinya, Ayu Raudhah pernah tersilap peluk abangnya Aidil kerana keliru memandangkan wajah mereka sangat seiras.

https://www.tiktok.com/@anakantoojalanan/video/7011148879789886747

Kata Zaquan lagi, disebabkan insiden tersebut, Ayu meminta untuk membiarkan rambutnya panjang untuk membezakan antara mereka berdua.

Dalam pada itu, Zaquan berkata sehingga kini masih ramai yang sukar untuk membezakan yang mana satu Zaquan dan mana satu Aidil.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terhibur dengan pendedahan berkenaan. Malah, netizen mengakui sukar membezakan kembar tersebut.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.