fbpx

Che Ta Jawab Dakwaan Jual Beg Tangan Harga Mahal

Kebelakangan ini gigih Rozita Che Wan mempromosikan beg tangan keluarannya yang berharga RM249. Tapi ada pula cakap-cakap mengatakan keuntangan Che Ta perolehi hanya untuk membeli beg tangan berjenama mewah lain.

BACA: Malaysia Ke Final, Che Ta Pakai Gaun Ke Stadium

“Ada la saya terbaca mulut-mulut dari aunty bawang dan pakcik halia yang cakap saya keluarkan handbag sendiri untuk dapatkan untung, dan boleh beli handbag mahai lain. Amboii sedap mulut kata mcm tu naa”

“Saya daripada sebelum meniaga lagi, dah ada mcm-macam jenis handbag. Dari yang murah, smpai yang mahai, penuh satu bilik dengan handbag. Kualiti jahitan, jenis kulit, saiz, design dan berat yang berbeza saya ada,” tulisnya.

Menurut Che Ta, hasratnya mengeluarkan beg tangan jenama sendiri kerana ingin kaum wanita ‘merasa’ memiliki beg tangan setanding dengan kualiti jenama mahal lain tapi dengan harga mampu milik.

Mungkin bagi Che Ta dengan harga RM249 masih harga mampu milik untuk kaum wanita berbelanja beg tangan jenama Rozita Che Wan. Tapi apa salahnya mungkin peminat tegar Che Ta tidak kisah dengan harga itu. (rtky/w)