fbpx

Kembali Aktif Di Twitter, Che Ta Beri ‘Amaran’ Pada Netizen

Selepas lima bulan menyepikan diri daripada laman Twitter, pelakon Rozita Che Wan mengumumkan dia kini kembali aktif di laman sosial itu pada Isnin lalu.

Bukan itu saja, Che Ta juga turut memberi peringatan kepada pengikutnya atau netizen yang ingin bercerita mengenai dirinya.

Dalam pada itu, Che Ta juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub menggunakan media sosial sehingga ada yang sanggup membuka aib orang lain atau menayang kehidupan peribadi mereka kepada umum.

Katanya lagi, hidup ini bukan untuk dipamerkan kepada tatapan umum. Ada yang perlu disimpan cukup untuk tatapan dan kenangan peribadi.

Menggunakan nama @rozitachewan1, setakat ini akaun Twitter Che ta sudah mempunyai 500 pengikut.