fbpx

Chacha Maembong Pernah Sampai Nak Toreh Tangan, Cederakan Diri

Pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia pernah berdepan tekanan yang teruk apabila timbul gosip tidak benar mengenai dirinya ketika di awal kerjayanya sebagai pelakon.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Chacha berkata ketika itu dia pernah terdetik mahu mencederakan diri sendiri sehingga terfikir untuk menoreh tangannya kerana tidak tahan dengan mulut-mulut orang.

BACA: Chacha Maembong Berang Dituduh Kawan Baik Suspek Cuci Duit Haram

“Beberapa tahun lalu saya pernah mengalami tekanan amat hebat apabila ada gosip liar tiba-tiba timbul tentang diri saya.

“Walhal saya langsung tak buat seperti apa yang diperkatakan. Ketika itu saya baru hendak kenal dunia dan disebabkan cerita sebegitu, saya pernah terfikir hendak cederakan diri sendiri.

“Ya, cederakan diri sampai terfikir mahu toreh pergelangan tangan menggunakan pisau sebab dah terlalu tertekan dengan mulut-mulut orang,” katanya.

Bagaimanapun, Chacha meluahkan rasa syukur kerana cepat sedar dan behenti daripada melakukan tindakan bodoh itu. Dalam pada itu, Chacha berlaku segala fitnah dan gosip liar terpalit dirinya sebelum ini lebih mematangkan dirinya.

“Bagi saya ini adalah lumrah dan apa yang perlu saya telan sebagai seorang artis apabila segala tindakan akan menjadi perhatian serta tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Perkara tersebut menjadi pengajaran dan buatkan saya lebih matang dalam berfikir serta melakukan sebarang tindakan.

“Bukan mudah hendak puaskan hati semua walau saya cuba untuk mengikut apa kehendak orang lain ketika itu. Jadi cara paling mudah, jalani sahaja hidup seperti biasa,” ujarnya.