fbpx

Chacha Maembong Bercinta Dengan Datuk Z?

Timbul teka-teki mengenai hubungan Chacha Maembong dengan seorang usahawan apabila mereka tampil sedondon dalam satu majlis, bagaimanapun pelakon itu menafikan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan usahawan berkenaan dikenali sebagai Datuk Z.

Menurut Chacha, lelaki berusia awal 30-an itu hanya sekadar rakan niaga yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya mengenai selok-belok perniagaan. Malah, Datuk Z turut membantunya dalam menghasilkan produk pertama keluarannya.

BACA: Dicium Abang Ipar, Chacha Maembong Sifatkan Netizen Terlalu Negatif

“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya perlukan bantuan daripada individu yang betul dan berpengalaman, selain adik-beradik.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Datuk Z kerana dia berminat untuk membantu saya memulakan perniagaan. Ketika saya kongsikan minat ke arah perniagaan, dia cuba realisasikan dan kami mula berbincang serta mencari idea.

“Datuk Z menguruskan segala hal berkaitan pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran, manakala saya akan terbabit untuk proses pemasaran,” katanya.

Kata Chacha lagi, Datuk Z antara individu yang berjaya mengubah dirinya untuk menjadi lebih matang supaya dapat membantu keluarga. Chacha berkata buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta selepas apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

“Dia individu yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu. Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.

“Saya berharap kerjasama ini berlangsung dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.

“Jadi lebih baik untuk kami saling mengenali secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z selain ahli keluarga turut mengenalinya,” katanya.