Hazama, Isteri Redha Belum Dikurnia Cahaya Mata
Pasangan yang sudah berkahwin mana yang tidak mahukan cahaya mata dan bagi Hazama, dia mengakui timbul perasaan cemburu setiap kali melihat orang lain yang sudah mempunyai anak. Bagaimanapun dia dan isteri redha dengan apa yang dilalui mereka ketika ini.
BACA: Hazama, Isteri Akui Sedih Kandungan Luar Rahim
“Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri”
“Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus,” kongsinya kepada Harian Metro.
Menjelaskan bahawa apa yang dilalui mereka ketika ini ada hikmahnya, Hazama sangat memahami bahawa isterinya, Genervie Kam memang inginkan cahaya mata lebih-lebih lagi usianya kini sudah 38 tahun.
“Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri”
“Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki,” katanya.
Apa pun, keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah mendesak serta memahami situasi yang berlaku. Sama-samalah kita doakan agar urusan Hazama dan juga isteri untuk mendapat cahaya mata dipermudahkan. (rtky/s)
- SUMBER
- harian metro
InshaAllah…Rezki Allah tidak pernah salah alamat
Sentiasa positif ya
Rezeki dikurniakan anak di tangan Allah .
Klu nak gn teknik ivf pun xboleh tggu.lama sbb peluang smkin berkurangan perempuan yang menghampirin 40an
OK la tu kawin da…ada Xkawin²…takdir insan bbeza²…terima seadanya..
Kalau sy yg bujang ni, kalo dpt kawin pun bsyukur sgt2.
buat jela ivf tu nokk.. anak kau jgk yg kua nnt.. bini nak 40 dah.. peluang tu tipis tggu lelama..nak cara normal ape ag nok
PETUA AKU UTK KO.CARI BINI NO 2.insyaAllah dpt anak.kalau tak dpt jugak ko yg ade masalah.buang saka tu dulu..kebnykn yg susah dpt anak ni ade saka..saka dok mkn zuriat yg baru nak jadi.supaya xde keturunan.