fbpx

“Kalau Saya Permainkan Agama, Allah Dah Bagi Bala Di Mekah”

Terus hangat diperkatakan mengenai kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat yang kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya, akaun Instagram Sajat turut dihujani dengan komen kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya yang sungguh berani mempermainkan agama. Kata netizen lagi, tindakannya itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main apatah lagi berpakaian wanita dan solat di tempat jemaah wanita.

BACA: Sajat Berpakaian Wanita Di Mekah, Agensi Umrah Dedah Hal Sebenar

Tidak hanya berdiam diri, Sajat menyelar netizen yang mendakwanya mempermainkan agama dengan membalas jika dia berbuat demikian sudah pasti Allah akan memberi bala kepadanya di sana.

Dalam pada itu, Sajat turut menjawab menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya sebelum ke Mekah yang memakai jubah lelaki. Sajat berkata dia bukan wanita bertudung, jadi dia tidak bertudung sewaktu perjalanan dan hanya bertudung ketika mengerjakan umrah sahaja.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial Sajat bersama dua lagi rakannya ketika di lapangan terbang memakai jubah lelaki sedangkan sebelum ini Sajat ada memuat naik fotonya bertelekung sekaligus menjawab persoalan netizen.