fbpx

Catriona Ross Tak Gentar Berdebat Dengan Si Bodoh

Pelakon Catriona Ross enggan melayan provokasi Suhaimi Saad serta beranggapan ianya hanya membuang masa untuknya berdebat dengan individu daripada golongan Flat Earth.

Katanya lagi, dia tidak mengenali lelaki tersebut yang tiba-tiba menyelar kenyataannya dan hanya mengetahui daripada rakan yang memaklumkan perkara itu.

BACA: “Letak Penghasut Vaksin Sebilik Dengan Pesakit Covid-19”

“Baru saya tahu individu berkenaan adalah lelaki yang tidak percaya bahawa bumi ini bulat dan antivaksin jadi saya langsung tak ambil hati atau terkesan dengan kata-kata yang dihamburkannya.

“Saya teringat mengenai nasihat Imam Asy-Syafi’i supaya jangan berdebat dengan orang yang bodoh kerana mereka itu tidak pernah mahu untuk faham landasan ilmu.

“Masyarakat sendiri pun tahu kepercayaan dia bagaimana. Jadi lebih baik saya abaikan saja kerana kalau dilayan kita tak ke mana. Saya tak gentar dengan manusia begitu,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi ada memuat naik posting menyelar kenyataan Catriona yang menegur rakyat Malaysia yang masih berdegil mahu pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan total lockdown.

Dalam pada itu, Catriona berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah anti vaksin serta berpendapat golongan tersebut wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut orang lain.